Sunday, March 24, 2013

WELCOME 2013~



fuuhhhhhh~ perghhh.. punye la berabuk blog ni..tebai gila habuk....hahaha..

bila watashi tgk tarikh "Last post"... haaaaaamekaw~ 2 years ago !!!
kesian watshi punyer blog ni... tadak orang nak jenguk dia..watashi pun sekadar lalu saja,tak datang jenguk pon.. apaaara punya tuan blog..

pejam celik pejam celik da 2 tahun da blog nih dan watashi pon nak abes belajaq dah~ tu pasai la nak post kat cni pasai exam!!! takut punya pasal.... tadak tempat laen nak ngadu ~ (^___^)v










haaaa..... ni la dia..
Alhamdulillah....telah datang hari dan ketikanya....
Semoga semuanya berjalan lancar...demi menggenggam segulung Diploma...segala jerih payah diharungi *cewah2...nada cekal la pulak kan*
Photobucket

Sunday, October 2, 2011

Annyeong~~

annyeonggggg~!!!!! waaaaaa~~~ suda berhabuk blog watashi nih...... ish2....

haiyaaaa.. watashi tader masa la nak update blog... tapi watashi dah janji nak jadik blogger yg setia... nampaknya hasrat watashi belom kesampaian dek kerana masa yang ciput ....

tula... asik-asik bukak facebook jer keje..mana ade masa nak update blog *ketuk kepala sendiri*




errrrr... untuk permulaan yang baru... watashi upload gamba pemandangan cantekkkkk punyer~~~ *bajet photographer sket ;P *
nunnn yang sayup mata memandang tuh adalah Pulau Melaka......watashi ade clinical posting kat Melaka sebulan.. nanti watashi upload lagik gamba2 mase keluar jalan2 kat bandar melaka...


till then... pen off for a while... i'll be back~ (^_^)v



Photobucket

Friday, February 18, 2011

Kehidupan dan Kepenatan......

huarghhh~~ *mode menggeliat*

ari ni watashi terasa sgt penat dan penat.. ni la kesannyer setelah genap semggu mengisi waktu 8pg-5ptg....sudah la tido lmbt *kul 1pg bru lena walaupun masuk tido kul 12...haizzz* ....dan bangun pada kul 6 lebih atau 7...
http://www.emocutez.com jadiknyer...

tapi arini x terase da ari jumaat.... punye la khusyuk sgt g praktikal..smpi lupe ari ni ari jumaat...klu x kerana Tila + Diana ingatkan ari n ari jumaat memang tak terfikir pown...
selalunye watashi memang tak sabar nak tunggu ari jumaat sebab esok dan lusa adalah weekends~!http://www.emocutez.com

ermmm..... sebut pasal hujung minggu.....ade misi yang perlu diselesaikan esok~ hehehe http://www.emocutez.com


huhuhu...watashi ase suda tibe mase tuk kembali ke kamar peraduan nih...* err..nak pegi maen game sekejap pown ade nih..hehehe...*
tadi watashi da rehatkan mata selama 3 jam... so,watashi nak maen game sebentar sebelum rehatkan kembali mata watashi nih...
good night~~ おやすみ なさい~ 잘 자요 여러분~ http://www.emocutez.com


Photobucket

Tuesday, February 15, 2011

[Info] Istimewanya epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.




Epal hijau boleh membantu mencegah:


  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

sumber: SAJI online
Photobucket

[Info] Diet zaman batu?

SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.





DI zaman batu manusia kuat, tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak.


Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.

Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.

Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.

Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.


[MV] Video of the Day~



credit: sment@YT


Photobucket